BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Search This Blog

Selamat Datang

Selamat datang kepada semua rakan,sahabat,guru,bekas pelajar SMK Marudi dan pelajar SMK Marudi yang sedang menuntut di SMK Marudi ke laman blog saya ini.

Followers

Monday 3 May 2010

PETUA PENJAGAAN TENAGA BATIN


       Petua penjagaan tenaga batin di petik daripada buku Mutiara Yang Hilang. Lama juga tak baca buku ini. Apabila baca tadi mahu juga berkongsi dengan anda semua. Ilmu ini bermanfaat untuk semua bagi yang ingin menjaga kesihatan batin. Kesihatan batin juga penting bagi mengekalkan kehormanian rumah tangga. Buku ini dikarang oleh Ibnu Yusof.



Petua ini baik untuk diamalkan oleh golongan lelaki


1. Kepal nasi sebesar jari kelingking sebelum menyuap nasi,kemudian telah tanpa kuyah.


2. Elakkan dari makan nasi sejuk


3. Kurangkan kuah apabila makan nasi


4. Selepas makan nasi rehat seketika sebelum minum air,jangan terus minum air


5. Apabila buang air kecil pada waktu pagi,lepaskan sedikit dahulu kemudian tahan seketika sehingga terasa sakit,barulah lepaskan semuanya.


6. Elakkan buang air kecil dan air besar keluar bersama


7. Sebelum buang air besar buang air kecil dahulu


8. Amalkan buang air kecil atas benda keras


9. Tutup mulut dan kacip gigi sewaktu air besar sedang keluar


10. Elakkan daripada melancap(beronani)


11. Biarkan badan sejuk dahulu seketika sebelum minum air ketika dahaga


12. Jangan berjimak dengan perempuan yang lebih tua


13. Sewaktu tidur jangan biarkan lutut isteri menindih kemaluan suami.


14. Semasa makan nasi jangan sekali-kali minum air melainkan tercekik


15. Jangan makan sayap atau kepak ayam


16. Jangan buang air kecil ketika berada dalam air


17. Jangan buang air kecil terus atas tanah


18. Kurangkan minum air batu


19. Jika umur melebihi 30 tahun jangan jimak melebihi 3 kali seminggu


20. Jangan sesekali berjimak dalam air


Semoga petua ini memberi manfaat kepada anda yang belum memiliki Buku: Permata Yang Hilang. iaitu Buku Seni Nafkah Batin.

0 comments:

komen anda dihargai