BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Search This Blog

Selamat Datang

Selamat datang kepada semua rakan,sahabat,guru,bekas pelajar SMK Marudi dan pelajar SMK Marudi yang sedang menuntut di SMK Marudi ke laman blog saya ini.

Followers

Sunday 30 May 2010

Marilah Kita Mencari Keredhaan Allah.


Sedarlah bahawa kita adalah hamba Allah dan janganlah kita lalai serta leka daripada bertakwa kepada-Nya, dengan beramal bersungguh melaksanakan suruhan dan perintah-Nya serta meninggalkan larangannya. Ingatlah bahwa orang-orang yang bertakwa adalah mereka yang memperolehi kemenangan di dunia dan di akhirat.

Kehidupan ini tidak bererti sekiranya tidak mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah dan lebih tidak bererti lagi jika segala kesalahan, keterlanjuran dan dosa tidak mendapat keampunan daripada Allah Subhanahu Wa Taala (SWT). Justeru itu, sebagai orang yang beriman kita dituntut supaya sentiasa memohan keampunan kepada Allah di atas segala dosa yang telah dilakukan samaada dosa kecil lebih-lebih lagi dosa besar. Sesungguhnya orang-orang yang tidak bersedia memohan keampunan daripada Allah atau menangguh dan melewatkan tindakan tersebut adalah mereka yang angkuh dan sombong, maka sudah pasti akibat buruk akan ditanggung sendiri oleh mereka.

Disamping itu, sebagai orang yang beriman kita juga mengharapkan keredhaan daripada Allah SWT dan digalakkan melakukan sesuatu bagi mencapai keredhaan tersebut. Amal ibadah yang dilakukan secara bersungguh-sungguh adalah sebahagian daripada cara untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Firman Allah: (Surah al-Fath ayat 29)

Maksudnya : " Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir (musuh-musuh Islam) dan (sebaliknya) bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadah rukuk dan sujud dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) daripada Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud (dan ibadah mereka yang ikhlas)".

Mencari keredhaan Allah dan keampunan-Nya adalah amalan harian hamba-hamba-Nya yang beriman dan bertakwa, mereka tidak jemu dan berputus asa mencarinya kerana mereka yakin Allah akan mengurniakan kepada mereka keredhaan-Nya dan memberikan keampunan di atas segala dosa selagi mereka terus memohonnya.

Kalaulah mencari keredhaan Allah dan memohan keampunan-Nya adalah Tugas hamba-hambanya maka memberikan keredhaan dan keampunan adalah hak Allah ke atas hamba-hamba-Nya bahkan Allah yang bersifat Maha Pemurah dan Maha Pengampun tidak akan keberatan memberi keredhaan kepada hamba-hamba-Nya yang meminta keredhaan-Nya serta mengampunkan hamba-hamba-Nya yang memohan keampunan daripada-Nya.

Oleh itu, berlumba-lumbalah kita melakukan kebaikan melalui amal ibadah yang berterusan adalah langkah yang mulia dan bijak. Sesungguhnya jika amalan mulia ini dilakukan, nescaya akan mendapat keampunan di dunia dan di akhirat

Firman Allah:( Surah Ali-Imran ayat : 133 ) Maksudnya " Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik antuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa."







Friday 28 May 2010

“GAYA HIDUP DI DUNIA MEMBAYANGI AHLI SYURGA ATAU NERAKA”


Sebagai seorang Muslim kita wajib mempercayai akan adanya syurga dan neraka yang mana setiap manusia akan mengalaminya.Orang yang beramal soleh akan ke Syurga manakala orang yang ingkar akan ke Neraka. Semua orang Islam yang beriman berkeyakinan sedemikian.Persoalan besar timbul ialah apakah kita menyedari bahawa gaya hidup dan tingkah laku kita sehari-hari itu termasuk sebagai persediaan sebagai ahli Syurga atau telah pun tergelincir sebagai ahli Neraka.


Gaya hidup dan tingkah laku manusia yang beruntung ialah hidup yang selalu diisi dengan amalan soleh iaitu melaksanakan hak-hak Allah, mengerjakan kebajikan dan melakukan perbuatan yang membawa kebaikan kepada masyarakat atau manusia umumnya. Ketahuilah  bahawa setiap kebajikan atau kejahatan yang kita lakukan akan dicatat, direkod dan dikumpulkan oleh Allah SWT dengan perantaraan malaikat-malaikatnya untuk diperhitungkan dan dipertanggungjawabkan ke atas kita di akhirat kelak.

Allah SWT menjadikan kita di dunia ini bukan dengan tujuan sia-sia atau secara main-main tetapi ada tanggungjawab tertentu. Kerana itulah manusia diberi akal fikiran supaya tidak terikut-ikut dengan gaya hidup yang tidak sempurna. Dengan demikian amat rugilah manusia jika manusia bertingkah laku sedemikian.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Mukminun, ayat 115:
Bermaksud: “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa kami hanya menciptakan kamu sia-sia sahaja? Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?.”

Dengan demikian kita sebagai manusia yang berakal hendaklah celik akal dan celik mata supaya kehidupan kita selari dengan ajaran Islam dan menjauhi daripada gaya hidup yang penuh dengan budaya maksiat. Manusia yang bebas daripada budaya maksiat akan membentuk masyarakat yang bertamadun dan berintegriti.

Orang yang baik bukan hanya sekadar melakukan kebaikan sahaja tetapi mestilah juga meninggalkan segala keburukan dan mencegahnya. Seseorang itu tidaklah dinamakan baik apabila ia pada sebelah pagi melakukan kebaikan tetapi apabila sebelah petang pula melakukan kejahatan.

Oleh itu, untuk mengelakkan kita tidak rugi atau menyesal, maka marilah kita mengambil kesempatan dalam tempoh hidup yang pendek ini kita gunakan untuk melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya dan menghindarkan perbuatan yang merosakkan masyarakat.

Sebagai renungan kita perhatikan Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Bermaksud: “Seorang lelaki telah melalui sebatang jalan dan ternampak satu ranting pokok yang berduri lalu dialihkannya ke tepi. Maka Allah melimpahkan kasihnya kepada lelaki tersebut dan diberikan keampunan keatasnya.”

Menurut Hadis ini, walaupun menjauhkan sebatang duri daripada tengah jalan kelihatan mudah tetapi pekerjaan berkebajikan ini dianggap oleh Allah sebagai satu kebajikan yang besar kerana boleh mengurangkan kesusahan dan penderitaan manusia sejagat.

Janganlah kita berangan-angan ingin memasuki Syurga Allah SWT sedangkan usaha dan gaya hidup kita dipenuhi dengan budaya maksiat. Oleh kerana itu, setiap kita yang mengaku beriman dan ingin ke Syurga perlu membuktikannya dengan melakukan amal ibadah dan amal soleh yang bersungguh-sungguh. Sebagai persediaan menjadi manusia yang soleh maka kita perlu mengambil langkah berikut:

Pertama : Memperbanyakkan amal soleh dan menjauhi kejahatan,

Kedua : Memastikan kehidupan kita sehari-hari tidak bercanggah dengan hak-hak Allah dan hak-hak manusia,

Ketiga : Memperbanyakkan kebajikan kepada manusia seperti membantu mengurangkan kesusahan dan mempercepatkan urusan yang melibatkan kepentingan manusia, dan

Keempat : Memastikan dalam kehidupan seharian tidak mencampur adukkan perkara yang halal dan perkara yang haram.

Ini adalah sorotan khutbah yang pernah dibaca oleh saya di Masjid Besar Marudi,baram,Sarawak.






 


 


Wednesday 26 May 2010

Syukuri Nikmat Keamanan

    Perlu kita insafi bahawa keamanan adalah nikmat kurniaan Allah SWT yang amat berharga. Dengan keamanan agama dapat dipelihara, kemajuan dapat dijana dan keselamatan dapat dirasa. Justeru, pentingnya keamanan dalam kehidupan maka Nabi Ibrahim Khalilullah semasa meneroka pembukaan Mekah sebagai pusat ibadah dan tanah suci telah mendoakan agar Mekah di kurniakan Allah dengan keamanan dan kemakmuran.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 126 :
Maksudnya : “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdo'a dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman: "(Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan mengheretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali.”.

Ayat tersebut menegaskan bahawa keamanan adalah asas utama dalam menegakkan agama Allah SWT dan mengimarahkan sesebuah negara. Perlu kita insafi betapa rugi dan malangnya negara-negara yang dilanda peperangan, persengketaan dan perpecahan. Negara-negara berkenaan bukan sahaja ketinggalan dan mundur dalam aspek kemajuan dan pembangunan material serta spiritual, malah keselamatan hidup seharian pun sentiasa terancam.

Perlu kita sedari bahawa akhir-akhir ini pelbagai jenayah berlaku dalam negara kita. Keamanan yang kita nikmati sekian lama semakin hari semakin terancam. Pelbagai kes yang membabitkan kejadian jenayah, dadah, permasalahan sosial remaja dan seumpamanya terus meningkat. Kini negara kita berhadapan pula dengan beberapa isu yang menyentuh persoalan agama yang menjejaskan keharmonian hidup.

Hal ini berlaku berpunca daripada sikap tidak besyukur dengan nikmat keamanan yang dikurniakan oleh Allah SWT. Tanda tidak bersyukur ialah meninggalkan perintah Allah dalam kehidupan seharian. Tuntutan-tuntutan syarak dalam kehidupan berkeluarga, berjiran, bermasyarakat dan bernegara diabaikan. Manakala tegahan syarak pula tidak segan silu dilanggari. Membelakangi panduan beragama akan menimbulkan pelbagai ancaman kepada keselamatan Negara.

Hal ini diperingatkan oleh Allah dalam surah al-A’raaf ayat 97-98 :Maksudnya : Patutkah penduduk negeri-negeri itu merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?. Atau patutkah penduduk negeri itu merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka leka bermain-main?

Ayat-ayat tersebut menjelaskan bahawa Allah SWT akan mendatangkan kesusahan dan bencana kepada sesebuah negara yang mana warganegaranya mengingkari dan mengabaikan perintah beragama. Runtuhnya tamadun umat-umat terdahulu seperti kaum thamud, a’ad dan firaun adalah kerana kekufuran dan kefasikan.

Anugerah keamanan dan keharmonian negara perlulah disyukuri dan dipertahankan dengan bersungguh-sungguh oleh seluruh warganegara. Dalam hal ini, Islam menuntut bahawa cintakan keamanan negara sebagai tanda orang yang beriman dan bersyukur. Segala bentuk perjuangan mempertahankan keamanan dan keselamatan adalah ibadah dan jihad.

Antara perkara yang paling asas dalam usaha mengekalkan keamanan adalah dengan bersyukur kepada Allah SWT. Bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah dengan mematuhi dan melaksanakan semua perintah Allah SWT serta meninggalkan segala larangan-Nya.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Anaam ayat 82:
Maksudnya : “Orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka dengan kezaliman, bagi mereka itulah keamanan dan merekalah yang mendapat petunjuk.”.

Sebagai sebuah negara majmuk, sikap toleransi dan menghormati hak-hak beragama dan kebudayaan semua kaum perlulah dihayati. Justeru, semua pihak di negara kita tanpa mengenal anutan agama, rumpun bangsa dan kedudukan perlulah patuh dan mengiktiraf hak masing-masing sebagai mana yang termaktub dalam perlembagaan dan undang-undang negara. Elakkanlah daripada budaya hidup enau dalam belukar yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan nasib orang lain. Selain daripada itu, keamanan juga dapat dipelihara melalui kesedaran dikalangan masyarakat tentang tanggungjawab bersama memelihara keamanan melalui budaya nahyu anil mungkar atau cegah kemungkaran. Perlu difahami bahawa ruang lingkup gugatan keamanan amat luas dan musuh berada dimana-mana. Justeru, tidak mungkin pasukan keselamatan mampu menangani setiap ancaman tersebut.

Akhir sekali Renunglah :
Ayat Al-Quran Surah Ali-Imran ayat 110:Maksudnya : “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada yang mungkar, serta kamu pula beriman kepada Allah. Dan kalaulah Ahli Kitab itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang yang fasik”.(Ali-Imran110)





Tuesday 25 May 2010

Doa Ibu Membawa ke Syurga.

     
   Dalam Islam, tuntutan agar berbuat baik kepada ibu bapa adalah merupakan perintah Allah SWT yang wajib kita tunaikan. Sebagai seorang anak, kita diperintahkan agar sentiasa melakukan kebaikan terhadap mereka seperti bersikap lemah lembut, berbudi bahasa, tidak berlaku kasar dan selalu ingat dan menghargai jasa serta pengorbanan yang telah diberikan kepada kita salam ini. Mereka telah bersusah payah memelihara dan menjaga kita siang dan malam dengan mengorbankan waktu, tenaga, perasaan, wang ringgit dan sebagainya demi memberikan yang terbaik untuk kita. Atas dasar itulah maka Islam menetapkan bahawa tanggungjawab melakukan kebaikan kepada ibu bapa amat besar sehingga ia digandingkan dengan perintah mentauhidkan Allah SWT.

Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 23:
Maksudnya: "Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "uh" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."

Ajaran Islam juga menyuruh kita agar sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada kedua ibu bapa kita. Firman Allah SWT dalam surah Lukman ayat 14:
Maksudnya: "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."

Sesungguhnya begitu besar sekali peranan dan pengorbanan kedua ibu bapa, lebih-lebih lagi buat si ibu sehingga Islam mengangkat darjat seorang ibu itu lebih dari seorang bapa. Berdasarkan Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: "Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Menurut maksud hadis tersebut, Baginda Rasulullah SAW telah menggariskan satu dasar bahawa Islam amat mengutamakan kepada si ibu sebagai insan yang layak menerima segala layanan yang terbaik dari setiap anak-anaknya ini kerana segala pergorbanan yang ditanggung oleh ibu sepanjang tempoh kehamilan diikuti dengan proses melahirkan, kemudian memelihara untuk membesarkan kita adalah satu tempoh yang amat sukar. Namun begitu, ia berjaya diatasi dengan sebab rasa kasih sayang yang mendalam dalam diri si ibu berserta sokongan dari si bapa.

Memandangkan begitu banyak jasa dan pengorbanan oleh ibu, maka selayaknyalah ibu diberi penghormatan yang begitu tinggi, ini tepat sekali dengan sabda Nabi Muhammad SAW:
Maksudnya: "Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu."

Hal ini dapat dilihat dalam kisah Alqamah, di mana beliau begitu sukar untuk melafakan kalimah syahadah di saat sakaratul maut kerana perasaan ibunya yang tergores di atas layanannya, walaupun Alqamah kuat beribadah tetapi beliau telah melakukan sesuatu yang mengguris perasaan ibunya, lalu ibunya merasa kecil hati dengan tindakannya, sehingga ibunya sukar untuk memaafkannya. Peristiwa ini perlu dijadikan iktibar oleh kita semua, semoga perkara yang dialami oleh Alqamah tidak terjadi kepada kita.
 
Bagi menghargai segala jasa ibu, maka berbagai cara perlu kita lakukan untuk menghiburkan hati mereka. Di antaranya kita memperuntukkan masa untuk menziarahi ibu, bercuti bersama-sama ibu, membawa ibu bersiar-siar ke tempat yang menarik, menghadiahkan sesuatu yang menjadi kesukaannya, sentiasa mendoakan mereka, dan melakukan apa sahaja yang menyenangkan hati mereka, sebagai tanda penghargaan serta kasih sayang seorang anak kepada ibu.

Persoalannya? adakah kita telah melakukan hal-hal sedemikian kepada ibu kita? adakah hanya sekadar bila tibanya hari raya, atau hari ibu, barulah kita tertanya-tanya di mana dan bagaimana keadaan si ibu?. Sedangkan ajaran Islam menegaskan bahawa ibu hendaklah diberikan perhatian dan layanan pada setiap masa. Sebagai anak, kita perlulah sentiasa mentaati dan mendoakan kesejahteraan serta keampunan bagi kedua ibu bapa agar hidup kita diberkati Allah. Jika ibu bapa kita telah meninggal dunia, hadiah yang paling bermakna untuk mereka yang amat kita kasihi ini, ialah mendoakan kesejahteraan untuk mereka, agar Allah Taala sentiasa merahmati dan mengampunkan segala dosa-dosa mereka.

Maksudnya: "Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) : ‘Wahai Tuhan kami! Cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Surah al-Isra’ ayat : 24)

Sunday 23 May 2010

Ujian Ilahi Satu Ikhtibar

       
  Akhir-akhir ini, kita sering dikejutkan dengan berbagai-bagai bencana alam yang dijadikan Allah sebagai ujian bagi manusia yang mahu mengambil iktibar daripadanya. Samada berupa banjir, gempa bumi,ribut taufan,thunami,letupan gunung berapi,wabak penyakit,jerebu,selsema burung,pencemaran alam sekitar,kemarau panjang,kejadian tanah runtuh dan lain-lain lagi, samada ianya berlaku dalam negara kita atau pun ditempat lain, bukan sahaja membunuh jutaan manusia,malah memusnahkan harta benda yang kita miliki,disamping ianya mengundang saat-saat kesedihan dan kesengsaraan yang tidak dapat digambarkan dengan luahan perasaan. Bahkan apa yang menakutkan kita ialah bencana ini datang secara tiba-tiba dan berlaku dengan sekelip mata sahaja, meskipun kedatangannya dapat kita ramalkan , namun kehadirannya mungkin tidak ada yang mampu menghalangnya.

   Banyak faktor yang boleh kita kaitkan terjadinya bencana ini. Antara faktor yang tersebar menurut pandangan islam ialah:
* Sebagai ujian daripada Allah s.w.t itu maha berkuasa menentukan segala-galanya.
* Sebagai peringatan terhadap dosa yang telah dilakukan oleh sebilangan manusia agar mereka mengambil iktibar dan muhasabah diri.
* Faktor penerokaan alam yang gagal diurus dan diselia dengan baik.
Firman Allah s.w.t:
"Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk disuatu tempat itu azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat)".
(Al-Ankabut ayat 34)

Memang tidak dapat dinafikan maksiat dan kemungkaran yang berleluasa adalah faktor utama berlakunya sesuatu bencana itu. Ayat tadi menjelaskan bahawa keengganan dan kesombongan manusia yang kufur terhadap perintah Allah hanya akan mengundang azab yang pedih samada didunia mahu pun diakhirat. Azab didunia inilah antara cara yang ditakdirkan oleh Allah s.w.t untuk memberi Kaffarat kepada umatnya yang ingkar dan fasik. Apa yang menggerunkan ialah bencana yang bakal menimpa kita kerana maksiat berlaku tanpa mengira sesiapa sahaja. Samada yang
melakukan ketaatan dan beriman atau pun tidak, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w :
"Apabila Allah s.w.t menghukum dengan menurunkan azab kepada sesuatu kaum itu, nescaya kesemuanya akan musnah ditimpa azab tersebut, kemudian kaum yang lain dibangkitkan untuk menggantikan mereka memulakan kehidupan yang baru".
(Riwayat Al-Bahari)

Artikel ini adalah sebahagian daripada khutbah Jumaat yang oleh saya di Masjid Besar Marudi,Baram Sarawak.Semoga kita memperoleh manfaat dan pengajaran.



Saturday 22 May 2010

TIDAK BAYAR HUTANG BERDOSA BESAR.

 
   Budaya berhutang kelihatan sudah menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat kita. Perkara ini berpunca kerana sikap berbelanja melebihi kemampuan kewangan semasa. Biarpun kekurangan mempunyai wang tunai atau wang simpanan, tetapi nafsu meluap-luap untuk membeli tetap tinggi. Jika dahulu hanya golongan miskin yang biasa dikaitkan dengan berhutang kerana memenuhi keperluan terdesak, tetapi hari ini golongan kaya dan sederhana juga terbabit dengan budaya berhutang untuk hidup bermewah-mewahan.

    Orang yang terlibat dengan budaya berhutang secara tidak wajar sebenarnya berada dalam lingkungan sikap tidak mahu susah dan tidak faham tentang maksud sebenar ikhtiar. Lantaran pegangan standard kesempurnaan gaya hidup yang terlampau tinggi, mereka terpaksa mendapatkan sumber kewangan dengan cara berhutang untuk memenuhi kesempurnaan ini. Hutang dijadikan sebagai cara mendapatkan sumber bagi menyelesaikan masalah kelemahan mengurus kewangan mereka sendiri.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282:
Maksudnya: “Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertakwa kepada Allah; dan (ingatlah) Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

         Jelas, amalan berhutang tidak sepatutnya dijadikan budaya dalam masyarakat kerana akan timbul banyak keburukan. Dalam kehidupan, amat penting kita mempunyai kemahiran mengurus wang secara bijak kerana menjamin hayatan tayyibah (kehidupan yang baik) serta bebas dari cengkaman hutang. Langkah ini dapat membimbing dan menjamin keselamatan diri daripada kefakiran dan kekufuran.

       Media cetak pernah melaporkan beberapa agensi yang tergugat kewangannya disebabkan sikap pembayar atau yang berhutang gagal menjelaskan hutang. Antara masalah itu adalah tunggakan cukai tanah di Semenanjung Malaysia pada tahun 2008 berjumlah sebanyak RM655.4 juta dan 36.06% sahaja yang berjaya dikutip. Begitu juga tabung PTPTN, daripada seramai 1.4 juta peminjam pada 2009, 10% adalah peminjam ingkar. Manakala pinjaman MARA pula daripada 79,000 peminjam didapati 7,300 orang adalah peminjam liat membabitkan RM111 juta tunggakan. Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang mengendalikan urusan kaunseling dengan orang yang berhutang bahawa sejak akhir Jun 2008 hingga April 2009 terdapat sebanyak RM520 juta hutang tidak berbayar membabitkan seramai 23,924 peminjam.

         Persoalan besar timbul ialah mengapa masih terdapat segelintir masyarakat kita begitu liat, sukar dan sengaja melarikan diri dalam menjelaskan hutang piutang mereka?. Sudahlah dikelilingi hutang sedia ada seperti hutang perumahan, kenderaan, pengajian, cukai tanah, ditambah pula dengan hutang peribadi. Akhirnya beban membayar balik hutang melebihi pendapatan sehingga menjejaskan kemampuan untuk menyediakan keperluan asas keluarga. Menurut pemerhatian mimbar, antara punca yang dikenalpasti ialah masih ada yang kurang kesedaran tentang tanggungjawab untuk menjelaskan hutang dan tidak mengetahui tentang kesan sekiranya mereka gagal membayar hutang.

     Sikap lupa diri sesetengah daripada kita yang berhutang walaupun mampu untuk membayar dan sihat tubuh badan, amatlah dikesali. Rasulullah SAW pernah mengulas sikap manusia yang lupa diri ini sebagaimana diriwayatkan oleh Uqbah bin ´Amir yang mafhumnya: “Janganlah kalian membuat takut jiwa selepas ketenangannya.” Mereka berkata: “Apa itu, wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Hutang.”

            Setiap yang berhutang wajib membayarnya. Sekiranya kita membayar hutang, cukai, zakat dan sebagainya, sudah pasti hasil pungutan itu dapat diagih dan digunakan untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan rumah golongan fakir dan miskin, membiayai kebajikan rakyat yang memerlukan, menyedia dan melengkapkan kemudahan awam seperti jalan raya, hospital, masjid, sekolah dan seumpamanya. Selain itu, tunggakan hutang yang dibayar boleh memulih sesuatu situasi selepas rakyat ditimpa bencana seperti banjir, ribut taufan, gempa bumi, dan tanah runtuh dan juga sebagai keperluan jihad di jalan Allah SWT.

       Amalan suka berhutang membelenggu dan memberi kesan buruk kepada diri, keluarga, dan negara. Individunya juga menghadapi masalah kesihatan fizikal, mental dan emosi seperti muflis, mengalami tekanan perasaan, sakit jantung, dipandang serong, tidak suka bergaul, hilang keceriaan diri, tiada ketenangan jiwa, menjejaskan mutu kerja, terlibat dengan rasuah, pecah amanah, perceraian, bahkan ada yang tergamak bunuh-membunuh. Paling malang, masalah hutang ini berlanjutan sehingga membebankan anak cucu atau ahli waris yang lain.

          Insaflah, dosa tidak membayar hutang sangat berat, selain berdosa, hilang pahala amal dan kita akan di azab oleh Allah SWT di hari akhirat kelak. Allah SWT mengingatkan kita dalam Surah Yusuf tentang kitaran hidup yang kadang kala senang dan ada masanya susah. Justeru, apabila kita dalam keadaan senang, berjimat cermatlah dan ingati keadaan golongan yang kurang dari kita. Manakala jika kita senang, bantulah untuk meringankan bebanan orang lain sebagai amal jariah.

            Marilah sama-sama kita berfikir sejenak betapa jabatan dan agensi tertentu terpaksa menghabiskan tenaga dan ratusan ribu ringgit bagi membiayai kempen kesedaran dan iklan membayar hutang. Selari dengan kehendak ajaran Islam dan sifat orang beriman yang bersyukur, marilah kita mengubah gaya hidup dengan bersegera membayar hutang dan tidak bertangguh-tangguh membayar hutang cukai tanah, cukai pintu, pinjaman pendidikan dan seumpamanya supaya hidup kita aman, tenteram dan tidak terbelenggu dengan bebanan hutang. Mudah-mudahan dengan itu negara terus menjadi makmur.

Maksudnya: “ Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah, mendirikan solat dan mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara berterang-terang, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mensyukuri.” (Surah al-Faatir: 29-30)



Friday 21 May 2010

KENAL SIAPAKAH YAHUDI

      InsyaAllah pada hari ini kita ketahui serba sedikit tentang sejarah bangsa Yahudi iaitu bangsa yang paling benci, khianat dan sombong terhadap pengganut Islam. Lihatlah kekecaman Yahudi terhadap Palestin sejak sekian lama.Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka.

     Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi. Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran
Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti.

Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.

Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam

Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir'aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya .

Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud:

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku".

Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka.

Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba.

Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu .

Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam

Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah.

Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya.

Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan.

Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh .

Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain.

Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian.

Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja.

Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan. Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi:

1. Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290.

2. Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.

3. Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.

4. Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.

5. Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.

6. Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420.

7. Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.

8. Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.

9. Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.

10. Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.

Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.

Mengapa Yahudi Ditindas?

Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan.

Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin.

Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam 'Talmud' iaitu tafsiran kepada kitab 'Taurat', ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.

Disebut dalam Talmud lagi:

• Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut.

• Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain.

• Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi.

• Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.

Penaklukan Palestin Oleh Rejim Haram Yahudi

Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia.

Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan orang-umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.

Penutup

Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka.

Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.



Monday 17 May 2010

Jumlah Belia Malaysia Kini 11.9 juta@ 41.5 % penduduk

    
 Belia adalah aset yang amat berharga. Merekalah tonggak kekuatan generasi serta pewaris kepimpinan masa depan negara. Menurut Kementerian Belia dan Sukan, golongan belia adalah merujuk kepada mereka yang berumur diantara 15 hingga 40 tahun. Pada masa ini golongan belia dianggarkan seramai 11.9 juta orang atau 41.5% daripada keseluruhan penduduk negara ini yang berjumlah seramai 28 juta orang.

Berdasarkan peratusan yang besar ini dan selari dengan wawasan belia pemacu pembangunan satu ummah dan satu Malaysia, maka amat wajar golongan ini diasuh, dididik dan dibimbing menjadi generasi belia ulul albab. Secara umumnya generasi belia ulul albab adalah merujuk kepada belia yang bertakwa, memiliki akal fikiran sempurna, berilmu, kreatif lagi berupaya menyelamatkan dirinya dari pengaruh hidup budaya berdosa serta mampu menjadi pemangkin agar orang lain juga berubah ke arah yang sedemikian.

Kehebatan generasi belia seperti ini menjamin kemakmuran dan kemajuan negara di masa depan, ia selari dengan tema sambutan Hari Belia Negara pada tahun ini iaitu Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara. Persoalan besar timbul ialah bagaimana usaha untuk melahirkan generasi belia ulul albab ini?.

Berdasarkan sejarah Islam, penglibatan pendakwah negara berjiwa besar memberi sumbangan sangat beerti dalam membentuk remaja dan belia ulul albab. Soalnya, siapakah sebenarnya pendakwah negara ini?. Rasulullah SAW selain sebagai pemimpin umat, adalah seorang ketua pendakwah negara yang memberi penekanan khusus membimbing belia dengan cara menggesa mereka sentiasa taat beribadah kepada Allah, berakhlak mulia, menjaga kesihatan akal, kebersihan jasmani dalam semua sudut yang membawa kepada kesempurnaan peribadi.

Bimbingan ini akan mencorakkan jati diri yang beramanah dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Sabda Rasulullah SAW:Mafhumnya: “ Sesungguhnya Allah sangat kagum kepada pemuda yang tidak ada padanya kelakuan pelik dan menyeleweng”(Riwayat Ahmad.)

Berdasarkan hadith ini, pemuda soleh adalah individu yang menerima amanah paling baik sehingga kelihatan coraknya pada akhlak mereka. Generasi pemuda soleh ini terus lahir seperti Khulafa’ al-Rasyidin, pemimpin tentera, pemimpin kerajaan di zamannya juga bertindak sebagai pendakwah negara. Mereka berdakwah, mentarbiah dan temu-mesra dengan kumpulan sasar serta menjadi contoh teladan kepada masyarakat khususnya para belia.

Sejarah juga telah merakamkan tentang kegigihan tentera Islam sejak kerajaan Umaiyyah, Abasiyah dan Kepimpinan awal kerajaan Othmaniah Turki untuk menawan Kota Konstantinopel (Istanbul) tetapi gagal. Namun satu ketika tampil seorang anak muda iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh, Sultan Kerajaan Othmaniah Turki bangkit menghidupkan cahaya dakwah. Dalam usia 21 tahun baginda berjaya menawan semula kota Konstantinopel daripada Rom. Antara penyebab kejayaan tersebut ialah tertanamnya kekuatan bijak, pintar dan kreatif .

Kota tersebut menjadi laluan dan menjadi pintu masuk penyebaran Islam di Eropah. Antara kata-kata keramat baginda ketika melancarkan percubaan akhir pada hari ke 53 kepungan untuk menawan Kota Konstantiopel ialah, “ Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah, sesiapa yang mahu syahid, ikutilah aku”. Menurut riwayat, baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh lagi. Demikianlah contoh kepimpinan pendakwah negara dimana kekuataan rohani tidak dapat dipisahkan dalam diri mereka sebagai pemimpin.

Justeru itu menjadi tanggungjawab mimbar mengingatkan sidang jumaat dan umat Islam sekalian bahawa corak tingkah laku golongan belia masakini merupakan cerminan masa depan sesebuah negara. Wahai jemaah dan umat Islam sekalian, demi golongan belia yang kita kasihi, jalankan tugas dakwah dengan penuh hikmah. Tugas berdakwah adalah fardhu ‘ain dan tidak boleh diserah kepada golongan tertentu sahaja. Dalam usaha membentuk akhlak murni kumpulan sasar yang besar ini, maka mimbar menyeru semua pemimpin dalam pelbagai peringkat marilah tampil kedepan bertindak sebagai pendakwah negara sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Jangan di biarkan api mendekati minyak, kerana ia akan menyemarakkan lagi api tersebut. Begitu juga dengan penyebaran budaya yang menyemarakkan gelojak nafsu dan syahwat. Lebih-lebih lagi pada era dunia tanpa batas dan teknologi media elektronik, internet atau CD/VCD yang sangat mudah diperolehi dan murah pula harganya. Ingatlah dan insaflah bahawa hawa nafsu dan syahwat merupakan ujian yang besar untuk manusia, lebih-lebih lagi kepada golongan remaja dan belia. Jika punca dan tempat yang menaikkan nafsu tidak dibendung atau ditutup, maka selagi itulah gejala keruntuhan akhlak dan moral akan terus berleluasa. Penglibatan dengan dadah, berzina, pembuangan bayi, minum arak dan penglibatan dalam gejala sosial lainnya adalah berpunca daripada kegagalan mengawal gelora syahwat dan hawa nafsu.

Kehendak nafsu yang berunsur syahwat sentiasa mencabar setiap peringkat kehidupan ia boleh menjatuhkan kualiti akhlak manusia setaraf dengan binatang. Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah mengingatkan sabdanya,
Mafhumnya: “ Rebutlah lima perkara sebelum kamu di datangi oleh lima perkara lain. Masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sempit, dan masa hidupmu sebelum mati”(Riwayat : al-Hakim dan Ibnu Majah).



Selain itu, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Kahfi ayat 13 dan 14:Maksudnya: “Kami ceritakan kepadamu hal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk Dan Kami kuatkan hati mereka, semasa mereka bangun lalu berkata: Tuhan kami ialah tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak akan menyembah Tuhan yang lain selain-Nya; jika tidak bermakna kami memperkatakan sesuatu yang jauh dari kebenaran.”

Sesungguhnya agama Islam berkehendakan supaya setiap umatnya menjadi sebaik-baik manusia yang sempurna keperibadiannya, mulia budi pekertinya dan menjadi teladan yang baik kepada orang lain. Rasulullah SAW pernah menasihatkan kita dalam sabdanya:
Maksudnya: Sebaik-baik manusia ialah orang-orang yang bermanfaat kepada orang lain.(Riwayat Al-Tabarani)

Hadith ini menjelaskan bahawa manusia yang baik menurut pandangan Islam ialah orang yang hidup menggunakan sepenuhnya potensi yang ada untuk memajukan keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara. Mimbar amat yakin generasi belia ulul albab inilah yang menjadi cita-cita negara kita untuk membentuk belia yang kreatif, pencetus dan pembina tamadun Islam yang dihormati dan disegani oleh masyarakat dunia.

 Marilah kita khususnya golongan belia memastikan kehidupan kita di dunia ini mendapat perlindungan Allah SWT. Ini selaras dengan hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA mafhumnya: Bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dilindungi Allah SWT pada hari akhirat iaitu :

Pertama : Pemimpin yang adil

Kedua : Pemuda yang hidup dalam beribadah kepada Allah SWT

Ketiga : Orang yang mengingati Allah SWT ketika bersendirian lalu

menitis airmatanya

Keempat : Orang yang hatinya bergantung kepada masjid

Kelima : Orang yang saling berkasih sayang kerana Allah SWT semata-mata

Keenam : Lelaki yang digoda oleh perempuan yang cantik tetapi mengatakan aku takut kepada Allah SWT

Ketujuh : Orang bersedekah dan memyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanan.



 Marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan generasi belia negara kita sentiasa diberikan taufik hidayah oleh Allah SWT dan seterusnya berjaya memainkan peranannya yang sebenar dalam memacu pembangunan negara bangsa yang maju dan dihormati lagi dikasihi Allah SWT.
Maksudnya: “(ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! kurniakanlah kami rahmat dari sisimu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami". (surah Al-Kahfi ayat; 10)



Sunday 16 May 2010

MENSYUKURI NIKMAT PEMBERIAN ALLAH.

       Salah satu amalan mulia yang terkandung di dalam syariat Islam apabila kita menerima sesuatu nikmat berbentuk kebahagiaan, kemudahan dalam hidup, rezeki yang melimpah ruah dan terlepas dari sesuatu musibah adalah dengan memperbanyakkan syukur kepada Allah. Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7 yang berbunyi:

Bermaksud :“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memberitahu: ”Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, ingkar, sesungguhnya Azab-Ku amatlah pedih”.

        Selain bersyukur kita juga perlu menghindari pelbagai lagi amalan buruk. Marilah kita menyedari bahawa kesemua tabiat buruk ini bukan sahaja merugikan diri sendiri tetapi menyebabkan kita memberikan nafkah yang tidak bersih kepada anak isteri dan keluarga kita. Ingatlah pesanan baginda Nabi S.A.W. di dalam hadis baginda:Yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya”.
(hadis riwayat at-Tirmizi)

       Sesungguhnya pekerjaan yang kita lakukan bukan sahaja mendapat gaji setiap bulan malah ia dikategorikan sebagai ibadah yang memperoleh pahala, ganjaran dan keberkatan di dunia dan akhirat. Sehubungan dengan itu, Dr. Yusof al-Qardhawi, dalam kitabnya al-‘Ibadah fi al-Islam, menggariskan beberapa pra syarat kerja yang kita laksanakan dinilai sebagai ibadah.

1. Mestilah mempunyai niat bagi mencari keredhaan Allah dengan berkhidmat dengan ikhlas bagi mencari rezeki yag halal,

2. Pekerjaan tersebut diakui oleh Islam,

3. Sepanjang bekerja tersebut ia tidak menganiaya dan mengambil harta orang lain samada menipu, mencuri mahupun terlibat dengan rasuah,

4. Pekerjaan tersebut dilakukan dengan kesungguhan dan penuh komitmen

5. Ia tidak meninggalkan tuntutan ibadah khusus seperti meninggalkan solat ataupun enggan mengeluarkan zakat.

        Dalam mengejar kekayaan dan kemewahan hidup terdapat segolongan manusia yang terlalu rakus dan tamak dengan harta benda, sehingga sanggup mencampakkan diri mereka ke lembah kebinasaan dan kehinaan dengan melakukan jenayah rasuah yang sangat dikutuk Allah Taala. Firman-Nya:
Bermaksud: “Dan janganlah kamu makan (mengambil) harta (orang lain) diantara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada Hakim-hakim kerana hendak menahan (mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui salahnya”.(Surah al-Baqarah : 188)

          Marilah kita pada hari ini merealisasikan konsep kesyukuran dengan sebenar-benarnya dalam kehidupan kita. Agar kehidupan kita lebih diberkati Allah dan dikurniakan dengan nikmat yang melimpah ruah.

Bermaksud: “Dan sesungguhnya kami telah memberi kepada Lukman hikmah, kebijaksanaan (serta kami perintahkan kepadanya): bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmat-Nya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulanglah kepada diri sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah Maha kaya Lagi Maha terpuji." (surah Lukman : 12)




 




Thursday 13 May 2010

Khutbah Sempena Hari Guru 2010

       InsyaAllah esok adalah hari yang sesuai untuk membaca khutbah yang ada kaitan dengan Hari Guru iaitu akan disambut pada 16 Mei 2010.Sesungguhnya kecemerlangan hidup seseorang di dunia ini tidak dapat lari dari sumbangan dan pengorbanan orang lain sama ada ibu bapa, ahli keluarga, kaum kerabat, rakan-rakan, guru-guru dan sebagainya. Sumbangan dan pengorbanan tersebut sudah tentu tidak mampu dibalas, lebih-lebih lagi sumbangan para guru yang membimbing kita ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.

        Oleh itu, tanggal 16 Mei setiap tahun, warga guru diraikan dalam sambutan hari guru bagi menghargai dan mengenang jasa mereka yang mendidik anak bangsa menjadi insan berguna. Sememangnya guru adalah insan mulia kerana mereka telah diamanahkan untuk menyampaikan ilmu dan mentarbiah masyarakat.

       Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan olej Anas bin Malik r.a. :Maksudnya : " Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan".

           Sirah Rasulullah s.a.w. juga memaparkan kepada kita bahawa disamping menjadi guru, baginda s.a.w. juga adalah merupakan pelajar yang sentiasa menerima didikan dan asuhan dari Allah s.w.t, lantaran itu guru adalah sebagai pendidik dan pada masa yang sama guru juga merupakan pelajar yang sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan selaras dengan perkembangan semasa. Budaya menuntut ilmu sepanjang hayat seharusnya dihayati oleh setiap guru dan segenap lapisan masyarakat

  Tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi ia juga mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia dan di akhirat.Maka, dalam merialisasikan harapan yang tinggi ini, guru terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan dalam era pendidikan. Contohnya masalah gejala sosial dikalangan pelajar yang semakin parah, harapan yang mengunung daripada masyarakat kepada guru, sikap sebahagian ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik bulat-bulat kepada guru adalah merupakan cabaran semasa para guru. Namun biar sejuta cabaran mendatang, biar sejuta rintangan menghalang, bagi mereka yang bergelar guru tetap memikul tanggungjawab dengan penuh sabar dan tabah

      Aspirasi negara dalam bidang pendidikan adalah untuk membina masyarakat yang sejahtera, harmoni serta mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah s.w.t. Maka bagi mencapai hasrat tersebut, tuntutan kepada ilmu pengetahuan yang berbentuk Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah adalah amat diperlukan. Ianya hendaklah disepadukan agar kemajuan yang hendak dicapai itu dapat memenuhi tuntutan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Amalan memisahkan antara pendidikan yang bercorak Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah akan melahirkan sebuah masyarakat yang tempang sekaligus menggagalkan usaha membentuk modal Insan gemilang.

        Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali-Imran ayat 18 :Maksdunya : " Allah menerangkan ( kepada sekelian makhluknya dengan dalil dan bukti ) bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan dia, yang sentiasa mentadbir seluruh alam dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu ( mengakui dan menegaskan juga yang demikian ) tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana ".

      Sebagai anggota masyarakat kita seharusnya rasa terpanggil untuk bersama dengan warga guru bagi menjayakan harapan negara ke arah melahirkan generasi modal insan kelas pertama yang berjiwa " ULUL ALBAB". Tugas mendidik dan menangani gejala sosial sewajarnya dilakukan secara bersama antara ibu bapa, masyarakat dan guru seperti kata pepatah " BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING ".

      Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 2 yang Maksudnya : ..dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan ( kebaikan ) dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana Allah sesungguhnya Maha Berat Azab siksanya ( bagi sesiapa yang melanggar perintahnya".

        Ibu bapa dan masyarakat hendaklah seiring dan bersama-sama dalam menginstitusikan keluarga, masyarakat dan persekitaran sebagai sekolah. Disamping ibu bapa juga perlu mewujudkan suasana pembelajaran di rumah dan persekitaran dengan memberi perhatian yang serius terhadap kehidupan seharian anak-anak. Ibu bapa juga hendaklah peka terhadap perkara-perkara yang boleh merosakkan nilai dan jati diri anak-anak seperti gejala merokok, suka membuang masa, sukakan hiburan yang melampau, penyalahan gunaan dadah, amalan pergaulan bebas dan sebagainya. Kita semua sedia maklum bahawa akhlak mulia merupakan teras kepada pembinaan modal insan kelas pertama.

Ingatlah pesan Saiyidina Ali Karramah Allahu Wajhah :
Maksudnya : Bukan kecantikan itu menghiasi diri dan pakaian = sesungguhnya kecantikan itu menghiasi diri dengan ilmu dan adab. Bukanlah yatim itu seseorang yang kematian bapanya = sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab.

         Hubungan baik antara ibu bapa dengan pihak sekolah amat penting agar usaha mengasuh dan mendidik anak-anak berjalan dengan lancar dan sempurna. Persatuan ibu bapa dan guru-guru seharusnya memainkan peranan penting demi membina kecemerlangan anak-anak. Ibu bapa dan masyarakat juga perlu menjalin hubungan yang erat dan berterusan dengan pihak sekolah agar setiap permasalahan yang ditimbulkan oleh anak-anak dapat diselesaikan secara muhibah.

       Pandangan negatif yang tidak berasas terhadap para guru perlu dikikis dan pada masa yang sama guru juga hendaklah sama-sama menilai diri jangan jadi seperti pepatah melayu " KERANA SETITIK NILA ROSAK SUSU SEBELANGA" ibu bapa juga sepatutnya bersungguh-sungguh dan sedia berkorban harta benda dan tenaga bagi mencapai kecemerlangan anak-anak. Ini bertepatan dengan apa yang ditegaskan oleh Imam Al-Syafie bahawa ilmu pengetahuan tidak akan dapat dicapai kecuali dengan 6 perkara iaitu KECERDIKAN, KESUNGGUHAN, KEMAJUAN, PERBELANJAAN YANG CUKUP, SELALU MENDAPINGI GURU Dan MASA YANG LAMA.

   Sekiranya kita berjaya mendidik anak-anak bangsa menjadi manusia yang berilmu, maka sudah tentu kita dapat melihat dan melahirkan wajah pemimpin negara dimasa akan datang. Sebagaimana seorang pemikir dan penyair terkenal Mesir, Ahmad Syauki pernah bermadah :Maksudnya : " Sesungguhnya sesuatu bangsa itu kuat dan hebat kerana akhlaknya, jika rosak akhlak itu maka bangsa itu akan lenyap dan hilang "



Wednesday 12 May 2010

Merancang Kehidupan Yang Hakiki iaitu Kehidupan Alam Akhirat


            
        Sedarilah bahawa kehidupan di dunia ini bukanlah kehidupan yang hakiki dan ia diibaratkan sebagai sebuah perhentian seorang musafir buat seketika untuk sampai ke tempat tujuannya. Justeru itu, setiap saat kematian sentiasa menghampiri kita untuk menuju ke alam akhirat. Sesungguhnya kematian tidak mengenal usia dan tidak mengenal kedudukan. Kematian boleh berlaku bila-bila masa dan di mana-mana juga tanpa kita menyedarinya. Oleh itu, kita perlu sentiasa memuhasabah diri dan seterusnya mempersiapkan diri dengan bekalan sebelum menghadapi kematian untuk menuju kehidupan hakiki. Persiapan awal ini amat penting bagi setiap muslim kerana peluang kehidupan di dunia yang dikurniakan Allah taala bagi setiap insan hanyalah sekali sahaja dan tiada lagi peluang kedua.

        Di dalam al-Quran, Allah S.W.T. banyak merakamkan kisah-kisah penyesalan orang-orang kafir musyrik di alam barzakh dan alam akhirat, namun penyesalan mereka itu tiada gunanya kerana mereka telah diberikan peringatan demi peringatan oleh para nabi dan rasul namun mereka mengingkarinya.

     Sebagai contoh, firman Allah dalam surah al-Furqan ayat 27-30:Maksudnya : “Dan perihal hari orang yang zalim menggigit kedua tangannya sambil berkata: Alangkah baiknya kalau aku mengambil jalan bersama-sama Rasul? Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si anu itu menjadi sahabat karib. Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya). Dan berkatalah Rasul: Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Qur'an ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai.”
     Perlu diinsafi bahawa antara ciri-ciri muslim yang bijaksana ialah muslim yang sentiasa melakukan muhasabah diri dan membuat persiapan bagi menghadapi kematian. Sabda Rasulullah s.a.w :Maksudnya : “Orang yang paling bijaksana dikalangan kamu ialah orang yang bermuhasabah dirinya dan menyediakan bekalan amal soleh sebelum menghadapi kematian. Manakala orang yang tidak bijaksana ialah orang yang terpedaya dengan pujukan hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah taala( mengharapkan ganjaran Allah tanpa berusaha).”
Hadis Riwayat At-Termizi Dan Ibnu Majah.

        Rasulullah s.a.w telah memberikan panduan kepada umatnya melalui hadis baginda satu panduan untuk membuat persediaan awal sebelum melangkah ke alam barzakh. Sabda Rasulullah s.a.w
Maksudnya: “ Apabila seseorang manusia itu meninggal, maka terputuslah segala pahala amalannya, melainkan tiga amalan yang kekal berterusan walaupun selepas kematian, iaitu amalan soleh, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya”. (Hadis riwayat muslim)

        Hadis tersebut menjelaskan kepada kita bahawa terdapat tiga amalan utama yang perlu dilakukan oleh setiap muslim semasa hidupnya di dunia, sebagai bekalan menuju ke alam akhirat.
1. Amalan pertama ialah sedekah jariah atau membelanjakan harta pada jalan Allah.Perlu difahami bahawa menafkahkan harta pada jalan Allah bukan hanya terhad kepada membelanjakan harta di jalan jihad Fisabilillah, malah ia turut mencakupi amalan berzakat, bersedekah, menderma, mewakaf, perbelanjaan kepada ahli keluarga dan kaum kerabat, serta apa-apa sumbangan kebajikan untuk maslahah umum.

2.    Amalan kedua ialah menimba ilmu sama ada ilmu duniawi mau pun uhkrawi kerana islam adalah ad-din yang mengimbangi antara keperluan dunia dan akhirat. Islam menggalakkan umatnya agar menuntut ilmu sebanyak mungkin dan Allah S.W.T. telah mengangkat darjat orang yang berilmu berbanding dengan orang yang tidak berilmu. Hanya dengan ilmu sahajalah seseorang muslim dapat memantapkan iman dan mempertingkatkan amal soleh serta mengikhlaskan niatnya hanya kepada Allah S.W.T. Baginda Rasululah S.A.W. pernah menyatakan kelebihan ilmu melalui hadis baginda yang telah diriwayatkan oleh at-Termizi yang bermaksud:
Sesiapa yang berusaha menuntut ilmu, maka Allah permudahkan baginya jalan menuju syurga. Para malaikat melebarkan sayapnya sebagai tanda keredhaan keatas penuntut ilmu dan seluruh isi alam langit dan bumi serta ikan di lautan mengucapkan istighfar (memohon keampunan daripada Allah S.W.T. ) terhadap orang yang menuntut ilmu. Sesungguhnya kelebihan orang berilmu itu mengatasi orang yang abid (ahli ibadat) adalah seumpama sinaran bulan purnama keatas gugusan bintang di langit .”

3.  Amalan ketiga yang pahalanya berterusan sehingga ke alam akhirat ialah doa kebaikan seorang anak yang soleh setelah ibu atau bapanya meninggal dunia. Alangkah beruntungnya ibu bapa, yang mampu mendidik anak-anaknya sehingga menjadi anak-anak yang soleh dan taat kepada Allah S.W.T. Dalam masa yang sama, anak-anak juga diasuh supaya menjadi generasi harapan yang akan menyumbang bakti berguna kepada agama, bangsa dan negara tercinta. Inilah di antara ciri- ciri anak soleh yang memiliki kekuatan rohani dan kehebatan jasmani yang doanya amat bernilai kepada kedua orang tua. Sesungguhnya anak yang soleh adalah pelaburan jangka panjang, yang amat berharga kepada kedua ibu bapa apabila mereka meninggal kelak. Rasulullah s.a.w pernah menegaskan dalam sabdanya diriwayatkan oleh al-Baihaki yang bermaksud: “ Orang yang mati dalam kuburnya tidak ubah seperti seorang yang sedang kelemasan meminta pertolongan. Dia sedang menunggu hingga sampai kepadanya rahmat sesuatu doa daripada bapanya, saudaranya ataupun sahabat handainya. Jika sampai doa kepadanya, maka itulah yang amat disukainya berbanding dengan segala isi dunia. ”
      
      Demikianlah antara beberapa amalan soleh yang perlu diamalkan sebagai persiapan menuju kehidupan hakiki. Sedarilah bahawa kehidupan dunia ini hanyalah sementara dan kehidupan hakiki adalah di akhirat. Justeru, sebelum terlambat bersegeralah kita melakukan sebanyak-banyak kebaikan dan dalam masa yang sama menjauhkan daripada segala kemungkaran serta bersungguh-sungguh mendidik anak-anak agar menjadi insan yang benar-benar beriman dan bertaqwa.


komen anda dihargai