BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Search This Blog

Selamat Datang

Selamat datang kepada semua rakan,sahabat,guru,bekas pelajar SMK Marudi dan pelajar SMK Marudi yang sedang menuntut di SMK Marudi ke laman blog saya ini.

Followers

Saturday, 20 March 2010

Sejarahku Di Baram


Alhamdulillah,,setelah ditempatkan di SMK Marudi pada julai 1997.Aku rasa kelainan sekali setelah sampai di bumi Baram,iaitu salah sebuah daerah yang jauh di utara Sarawak.Pada tahun 1997 keadaannya jauh berbeza dari sekarang.Pengangkutan utama untuk sampai ke Marudi pada ketika itu hanyalah melalui jalan air iaitu dengan menaiki bot ekspress menyelusuri Sungai Baram selama 3 jam dan melalui jalan udara iaitu menaik pesawat Twin Otter selama 25 minit.masa awal datang dulu rasa nak termuntah..maklumlah tidak biasa menaiki pesawat sekecil twin otter..,kini Alhamdulillah jika nak ke Miri boleh melalui jalan darat off road yang mengambil masa 1 jam setengah dan terpaksa melalui dua feri di Ridan dan Sg.Arang,iaitupun dengan kenderaan pancuan 4 roda saja.Apa yang unik di Baram ialah dari segi kepelbagaian kaum,terdapat pelbagai bangsa dan budaya antaranya ialahiban,Melayu,Cina,Melanau,Penan,Punan,Kelabit,Kenyah,Kayan,Kiput,Saban. inilah jika di dalam satu kelas tidak akan kurang daripada 7 suku kaum yang ada.Semua etnik ini menggunakan bahasa yang berbeza.Setelah dua tahun di Marudi iaitu pada tahun 1999..14-12.1999 sama dengan tarikh lahir..inilah yang dikatakan jodoh,maut dan rezeki telah ditentukan oleh ALLAH. aku telah diijabkabulkan dengan seorang wanita yang berbangsa Kayan..iaitu Awet Kehin @ Nur Amirah Binti Abdullah..sekarang alhamdulillah setelah 1o lebih hidup bersama..kami telah dikurniakan 3 orang anak iaitu Nurin Nadhirah,Ainin Sofia dan Amirul Danish Hakimie..
                                                              
     sekarang sudah 13 tahun aku berkelana di bumi kenyalang.....                                              










 sebahagian wajah pelajar SMK Marudi

banjir melanda Pekan Marudi pada Mac 2009...seronok main air
isteri dan anak lelaki....



0 comments:

komen anda dihargai