Sayangi Anak-anak.......
Gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak semakin hari hari semakin menjadi-jadi...Mengapa manusia sering kali hilang kewarasan fikiran untuk melakukan perbuatan yang terkutuk ini. Sebenarnga anak-anak adalah anugerah Allah yang tak ternilai harganya.Anak-anak merupakan aset kepada seorang insan yang bergelar ayah dan ibu. Ayah dan ibu sepatutnya menghargai nikmat yang dianugerahkan itu dengan rasa penuh kesyukuran..anak-anak memerlukan kasih sayang dan perhatian ayah dan ibu...anak memerlukan belaian dan sentuhan ayah dan ibu..anak-anak belum mengerti apa-apa...ayah dan ibu berperanan untuk mencorak masa depan anak-anak..anak-anak diibaratkan seperti sehelai kain putih ..ibu dan ayah yang bertanggungjawab mencorakkannya sama ada menjadi baik atau buruk..
Kini..setiap hari di dada akhbar seling memaparkan kisah sedih bagaimana bayi yang baru dilahirkan telah dibuang dan dibunuh dengan kejam sekali...mengapa manusia kini telah hilang kewarasan fikiran untuk bertindak begitu kejam terhadap makhluk Allah..itulah hakikat manusia jika nafsu dan telah menguasai akal dan iman maka manusia akan menjadi sejahat-jahat binatang jika manusia melakukan kebaikan tarafnya akan menyamai malaikat dan akan boleh melebihi tahap malaikat.
Anak-anak yang kita miliki...perlu kita sayangi...walaupun dalam sesetengah keadaan anak-anak sering menguji kesabaran kita sebagai ibu dan bapa..tetapi fikirkanlah mengapa dan bagaimana anak-anak boleh bertindak dan berkelakukan demikian...siapa role modelnya...adakah ibu dan bapanya boleh disamakan seperti peribahasa Melayu..sepertti ketam menyuruh anaknya berjalan betul..
Kini aku cukup mengerti membesarkan anak-anak bukanlah satu tugas yang mudah. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi...perlukan kesabaran..kemahiran..pengalaman..dan ilmu yang mencukupi..tambahan kini dunia semakin moden dan penuh dengan cabaran.Anak-anak terdedah dengan pelbagai dugaan dan rintangan..walau apa pun akau berdoa agar aku diberikan kekuatan untuk membesarkan anak-anak dan kesabaran yang tinggi menghadapi karenah anak-anak.....aku berazam akan memberikan yang terbaik untuk anak-anak dan isteri tercinta
Aksi-aksi manja si heroku......................................................................................
Aksi-aksi manja si heroku......................................................................................
0 comments:
Post a Comment